Bacaan Tahiyat Akhir Berserta Maksud – Rumi & Bahasa Melayu
Tahiyat Akhir merupakan antara rukun penting dalam solat fardhu dan solat sunat. Ia dibaca sebelum memberi salam dan menamatkan solat. Ramai yang ingin memperbaiki sebutan serta memahami maksud bacaan ini agar solat menjadi lebih khusyuk. Dalam artikel ini, kita akan kongsikan cara bacaan Tahiyat Akhir dalam ejaan Rumi dan terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan anda menghayatinya dengan lebih baik.
Kenapa Penting Menghayati Bacaan Tahiyat Akhir?
- Meningkatkan Khusyuk
Memahami maksud bacaan membantu kita fokus dan merasai kehadiran Allah dalam solat. - Memupuk Rasa Syukur
Bacaan ini mengandungi ungkapan pujian dan pengharapan, menjadikan kita lebih bersyukur dan rendah hati. - Mendekatkan Diri dengan Allah
Dengan memahami setiap lafaz, kita dapat merasai ketenangan dan lebih dekat dengan-Nya.
Perbezaan Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir
- Tahiyat Awal: Dibaca pada rakaat kedua (bagi solat yang lebih dari dua rakaat).
- Tahiyat Akhir: Dibaca pada rakaat terakhir sebelum memberi salam.
Tahiyat Awal biasanya tidak diakhiri dengan selawat yang lengkap, manakala Tahiyat Akhir disudahi dengan selawat yang sempurna kepada Nabi Muhammad SAW sebelum kita memberi salam.
Bacaan Tahiyat Akhir Dalam Rumi
“
Attahiyatul Mubarakatush Solawatuth Thayyibatu Lillah.
Assalamu’alaika Ayyuhan Nabiyyu Warahmatullahi Wabarakatuh.
Assalamu’alayna Wa ’alaa ‘ibadillahis Solihin.
Asyahadu Allaa Ilaha Illallah.
Wa ’asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma Solli ’alaa Muhammad Wa ’alaa Ali Muhammad.
Kama Sollayta ’ala Ibrahim Wa ’alaa Ali Ibrahim.
Wabarik ‘alaa Muhammad Wa ’alaa Ali Muhammad.
Kama Barakta ‘alaa Ibrahim Wa ’alaa Ali Ibrahim Fil ‘alamin Innaka Hamidum-Majid.
”
Maksud Bacaan Tahiyat Akhir Dalam Bahasa Melayu
“Segala penghormatan, segala keberkatan, selawat dan kebaikan adalah untuk Allah.
Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
Salam sejahtera juga ke atas kami dan ke atas semua hamba Allah yang soleh.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad,
sebagaimana Engkau telah melimpahkan selawat ke atas Nabi Ibrahim dan ke atas keluarga Nabi Ibrahim.
Dan limpahkanlah keberkatan ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad,
sebagaimana Engkau telah melimpahkan keberkatan ke atas Nabi Ibrahim dan ke atas keluarga Nabi Ibrahim.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”
Doa Selepas Membaca Tahiyyat Akhir – Sebelum Memberi Salam
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ،
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ،
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا، وَفِتْنَةِ المَمَاتِ،
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ المَأْثَمِ وَالمَغْرَمِ
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, aku berlindung dengan -Mu daripada daripada fitnah al-masih al-Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang.”
– Riwayat al-Bukhari (832)
Panduan Membaca Tahiyat Akhir Dengan Betul
- Tajwid dan Sebutan
Pastikan setiap perkataan disebut dengan makhraj yang tepat. Ini penting untuk menjaga kualiti bacaan dan mengelakkan perubahan makna. - Bacaan Perlahan dan Jelas
Baca dengan tenang, tidak terlalu laju, dan cuba hayati maksud setiap perkataan. - Posisi Duduk Tasyahud
Duduklah secara iftirasy (duduk di atas kaki kiri dan menegakkan tapak kaki kanan) ketika Tahiyat Awal, manakala untuk Tahiyat Akhir, duduk tawarruk (mengeluarkan kaki kiri ke bawah kaki kanan) seperti yang diajarkan oleh para ulama kita. - Selawat dengan Sempurna
Pastikan selawat dilafazkan dengan penuh kekhusyukan kerana ia menjadi penutup Tahiyat Akhir.
Tips Menjaga Solat Dalam Kehidupan Seharian
- Solat Awal Waktu
Usahakan untuk tidak melengkahkan waktu solat dan segera menunaikan setelah masuk waktu solat fardhu. - Dekat Dengan Majlis Ilmu dan Ulama
Usahakan untuk hadir dalam majlis ilmu dan dengan dengan para alim ulama supaya kita sentiasa berada dalam circle yang menjaga solat dan agama. - Mengulangkaji Makna Bacaan Solat
Luangkan masa untuk memahami maksud setiap bacaan dalam solat bagi meningkatkan kekhusyukan.
Kesimpulan
Bacaan Tahiyat Akhir adalah antara rukun solat yang perlu dititikberatkan dari segi sebutan dan penghayatannya. Memahami maksudnya membantu kita lebih dekat dengan Allah dan meningkatkan kualiti solat. Semoga panduan bacaan Rumi dan terjemahan Bahasa Melayu ini dapat memudahkan anda untuk melaksanakan solat dengan lebih sempurna.
Semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat untuk kita semua. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan atau ahli keluarga anda bagi menyebarkan ilmu dan memantapkan amalan kita bersama.
“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.”
(Surah Al-‘Ankabut, ayat 45)
Review Buku: Praktikal Solat Sempurna – Ustaz Muhadir Haji Joll
Buku Praktikal Solat Sempurna karya Ustaz Muhadir Haji Joll adalah panduan yang sangat bermanfaat untuk sesiapa yang ingin memperbaiki dan menyempurnakan solat mereka. Buku ini ditulis dengan gaya yang mudah difahami, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat pembaca, sama ada yang baru belajar solat atau yang ingin mendalami ilmu tentang kesempurnaan solat.
Antara keistimewaan buku ini adalah ia bukan sahaja memberi penjelasan teori, tetapi juga panduan praktikal tentang bagaimana melaksanakan solat dengan tertib dan khusyuk. Disokong dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis, buku ini juga dilengkapi dengan ilustrasi yang membantu pembaca memahami setiap langkah dan posisi dalam solat.
Buku ini sesuai dijadikan rujukan harian kerana ia turut mengupas kesalahan umum dalam solat serta cara memperbaikinya. Dengan penerangan yang jelas dan padat, pembaca dapat memastikan solat yang didirikan memenuhi tuntutan syariat.
Jika anda berminat, anda boleh mendapatkan buku ini di Shopee melalui pautan berikut:
👉 Klik untuk beli di Shopee
Jadikan buku ini sebagai pelengkap kepada usaha memperbaiki amalan solat anda. 🌟